Soalan Lazim

0 %

Sah & Dipercayai

Kami adalah Syarikat Pelancongan yang berdaftar penuh dan berlesen.
(1465097-T) (KPK/LN : 10508)

Kebiasaan di Mekah, Hotel akan sediakan Sarapan sahaja manakala di Madinah akan disediakan Fullboard(Sarapan,Makan tengahari & Makan malam). Tetapi kami juga akan cuba berikan Kupon Makan di mekah jika jemaah inginkan(Bayaran Tambahan).

Ziarah ke Taif adalah tidak termasuk harga pakej. Jemaah perlu membuat bayaran tambahan (SAR250) jika ingin membuat Ziarah ke Taif.

**Nota : Ziarah Taif akan dibuat jika dibenarkan oleh penguatkuasa tempatan(Arab Saudi) dan mengikut kecukupan waktu.

Jemaah boleh mendaftar melalui atas talian, Pejabat SBTT atau melalui ejen yang sah. Jemaah akan diberikan borang pendaftaran Umrah dan jemaah diingatkan supaya menyerahkan dokumen yang diminta dan membuat bayaran penuh 60 hari sebelum berlepas.

Jemaah akan diberikan kursus Umrah mengikut slot yang ada dan akan diberikan oleh Pihak SBTT atau wakil syarikat yang dikendalikan selama ½ hari InsyaAllah, ditempat & waktu yang akan dimaklumkan.

Ya. SBTT telah berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia dan mempunyai Lesen penuh serta Lesen Khas Umrah. Jemaah boleh membuat semakan di laman sesawang Kementerian Pelancongan Malaysia.

Jemaah akan menaiki bas untuk urusan pergerakan di Tanah Suci. Masa perjalanan antara Jeddah ke Madinah & Madinah ke Makkah mengambil masa dalam 6 jam In sha Allah.

Di dalam Panduan Pendaftaran Umrah bakal jemaah Umrah hendaklah menyediakan semua dokumen yang dikehendaki, dokumen yg telah lengkap pihak SBTT akan di guna kan utk Permohonan Visa.

Jarak Hotel di Mekah & Madinah adalah seperti dalam pakej dan setakat ini SBTT hanya menggunakan Hotel yang bersesuaian & selesa mengikut pakej yang dipilih oleh Jemaah, In sha Allah.

Terdapat 2 jenis visa yang boleh digunapakai iaitu Visa Umrah dan Visa Pelancong.

 

VISA PELANCONG :

i) Tiada had umur

ii) Kelonggaran isu mahram

iii) Tempahan Hotel dan Kenderaan TIDAK diperlukan semasa permohonan visa dilakukan

iv) Tempoh sah Visa adalah selama Setahun

v) Kemasukan berulang (Multiple Entry)

vi) Boleh tinggal selama 90 hari

vii) Dilindungi insurans Covid-19

 

VISA UMRAH :

i) Had umur bermula 18 tahun ke atas (mengikut SOP semasa Kerajaan Arab Saudi)

ii) Mahram perlu kepada dokumentasi lengkap

iii) Tempahan Hotel dan Kederaan PERLU dilakukan ketika permohonan Visa Umrah

iv) Tempoh sah Visa Umrah hanya 30 hari

v) Kemasukan sekali sahaja (Single Entry)

vi) Hanya boleh tinggal selama 30 hari

vii) Dilindungi insurans Covid-19

Tidak Semestinya tertakluk kepada ketersediaan penerbangan, InsyaAllah setakat hari ni, kami akan menggunakan syarikat penerbangan Malaysia Airlines,Saudi Airlines, Air Arabia, Emirate dan Air Asia . Sekiranya bertukar, pihak syarikat akan memilih perkhidmatan penerbangan terus/sambungan yang terbaik.

  1. Tawakkalna adalah aplikasi memantau kesihatan dan pergerakan pelanggan untuk memasuki masjid dan premis (seperti MySejahtera di Malaysia)
  2. Eatmarna adalah aplikasi untuk memohon permit menunaikan umrah, solat fardhu, menziarahi Raudhah dan Makam Rasulullah SAW.
  3. Pendaftaran untuk kedua-dua aplikasi ini hanya boleh menggunakan nombor telefon Arab Saudi sahaja.

Jarak dari Lapangan Terbang Madinah ke hotel penginapan adalah sejauh 15 km dan perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam.

Jemaah akan menziarahi Raudhah apabila telah membuat permohonan slot Ziarah melalui Aplikasi Eatamarna dan telah diluluskan.

In sha Allah, Petugas/Mutawif akan bersama-sama jemaah sepanjang berada di sana.

Boleh pakai ihram terus, dan jemaah akan berniat ihram di Miqat Bir Ali.

Boleh rujuk Petugas SBTT atau kaunter Hotel sekiranya Petugas ada tuagasan lain.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam sejauh lebih kurang 70Km.

Jemaah boleh pergi paling awal ialah selepas semua proses kelulusan diperolehi dan kekosongan tempat serta tarikh.

Boleh, Jemaah boleh membuat potongan gaji untuk isteri dan anak2 atas nama jemaah mengikut peraturan pihak Koperasi, Biro Angkasa atau bank pembiaya.

Jemaah tetap boleh pergi mengerjakan umrah tertakluk kepada tahap kesihatan jemaah, manakala baki pembiayaan akan dilindungi oleh syarikat takaful.

Pihak SBTT akan menyediakan Kursus Umrah secara Online atau secara Fizikal mengikut kesesuaian masa dan tempat.

Betul. Jemaah yang nak menunaikan umrah perlu ambik suntikan vaksin Meningitis(ACWY135) di klinik tertentu.

Selain pakej umrah yang ditetapkan (rujuk flyers & isi pakej), Jemaah juga akan mendapat Beg Bagasi , Beg Sandang, buku Umrah & Kursus Umrah.

Keperluan Jemaah antaranya :-

• Pasport yang masih sah (6 bulan sebelum berlepas).

• Buku/kad rekod Vaksin.

• Gambar ukuran Pasport (Saiz 4cm x 6cm).

• Botol Wudhuk kecil.

• Ihram/Telekung.

• Selebihnya boleh dapatkan senarai semak jemaah.

Boleh. Kerajaan Arab Saudi telah membenarkan jemaah wanita yg berusia kurang 45 tahun untuk menunaikan umrah tanpa mahram.

Boleh. Boleh berhubung dgn Pegawai kami di HQ utk menjadi pegawai pemasaran Umrah SBTT.

Encik perlu mendapatkan rujukan Doktor dahulu bagi tahap kesihatan encik, samada sesuai atau tidak utk menunaikan Umrah.

Bagi pesakit yg menjalani dialisis perlu kemukakan Rekod perubatan untuk tempahan awal pusat Dialisis di Mekah dan Madinah.

  1. Pelanggan perlu memenuhi syarat iaitu telah lengkap divaksin sebelum membuat pendaftaran.
  2. Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar dan perlu memuat turun aplikasi yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk digunakan semasa di Tanah Suci.
  3. Passport perlu dipastikan masih belum luput tarikh sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  4. Menyediakan dokumen lengkap seperti yang tertera di dalam Borang Pendaftaran Umrah yang diberikan.
  5. Pelanggan diwajibkan mencarum insurans Covid-19 yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi ketika permohonan visa umrah atau visa pelancong.
  6. Memastikan kesihatan jemaah sentiasa dalam keadaan baik.

Cadangan kami untuk jemaah ialah SAR500-SAR1000. Dan jemaah juga perlu mengaktifkan kad Visa untuk kegunaan diluar negara (nilai tidak sama tukaran di Malaysia).

Tiada had Umur (Tertakluk kebenaran kerajaan Arab Saudi).

Ziarah di Mekah & Madinah Termasuk Ziarah Dalam & Luar antaranya: Makam Rasulullah SAW,Raudah, Masjid Quba’(Madinah) serta Tapak Rumah Rasulullah SAW, Jabal Nur, Jabal Thur(Mekah) dan yang telah tertera dalam aturcara pakej Umrah SBTT.

  1. Permohonan permit bagi slot untuk menziarahi Raudhah dan Makam Rasulullah SAW perlu dilakukan menggunakan applikasi Eatmarna. Slot tempahan tertakluk kepada kekosongan semasa. Sebarang pembatalan slot hendaklah dilakukan 4 jam sebelumnya.
  2. Ibadah Tawaf Wada’ (selamat tinggal), tawaf sunat dan iktikaf di masjid tidak dibenarkan mengikut SOP kerajaan Arab Saudi buat masa ini. Sebarang perubahan hanya tertakluk kepada keputusan kerajaan Arab Saudi.

Bezanya ialah Arab Saudi lewat 5 jam. Contoh, jika Malaysia pukul 7.30 malam di Arab Saudi pukul 2.30 petang.

Bagasi jemaah akan diuruskan oleh Petugas/Pekerja Hotel in sha Allah.

Jemaah digalakkan untuk membawanya sendiri ke bilik masing-masing.

Bezanya ialah Arab Saudi lewat 5 jam. Contoh, jika Malaysia pukul 7.30 malam di Arab Saudi pukul 2.30 petang.

Ya,In sha Allah Ziarah wada’ akan dibuat sebelum meninggalkan Madinah & bergerak ke Mekah.

Jemaah perlu memaklumkan kepada Petugas/Mutawif SBTT segera.

Jemaah tidak dibenarkan memasak. Sekiranya jemaah ada alergik tentang pemakan atau sebagainya, Jemaah perlu memberitahu Pihak SBTT seawal mungkin.

Boleh, Jemaah boleh terus menunaikan Umrah selepas permohonan SPGA diluluskan oleh pihak Koperasi, Biro Angkasa dan juga SBTT. Tertakluk kepada kekosongan tempat dan tarikh pakej yang dipilih.

Jika telah pergi, Baki bayaran akan dibayar oleh syarikat Takaful kepada pihak pembiaya. Manakala bagi jemaah yg masih belum pergi menunaikan Umrah, pihak SBTT akan menguruskan baki tersebut mengikut akur janji yang telah dipersetujui oleh jemaah pada peringkat awal permohonan(Badal Umrah/Haji, atau menyerahkan baki simpanan kepada waris).

Jemaah boleh memilih pakej yang sesuai iaitu 36, atau 48 bulan.

Encik boleh mendaftar secara diatas talian (Online) @ hubungi Pegawai Pemasaran SBTT atau ejen(PPU) kami yg sah.

Boleh. Mohon encik berhubung dgn Pegawai kami di HQ utk mengetahui terma dan syarat.